Wednesday 22 November 2017

MENTOR TDC - CDM AIN ZULKARNAIND


Inilah mentor kesayangan semua ahli TDC. Cantik kan. Beliau merupakan Ex Beautician. Beliau bermula perniagaan bersama SHOM sejak 2011. Pelbagai dugaan pahit manis telah ditempuh sepanjang menjalankan perniagaan ini. Beliau seorang yang bersemangat waja, berhati kental, tidak mudah mengaku kalah dan tidak lokek ilmu.


Pada tanggal 04 November 2017 yang lepas beliau telah diraikan dalam majlis yang gilang gemilang dan berprestij oleh syarikat Sahajidah Hai O di Stadium Melawati Shah Alam atas kejayaan beliau mencapai pangkat tertinggi dalam perniagaan ini.


Sekalung TAHNIAH diucapkan pada CDM (Crown Diamond Manager) AIN ZULKARNAIND atau lebih dikenali sebagai Yong. Walaupun Liana masih baru bersama TDC dan baru mengenali beliau tapi Liana berasa amat bangga dengan pencapaian beliau. Dalam usia yang begitu muda baru menjangkau umur 29 tahun ibu muda ini telah berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam bisnes ini. Liana sangat mengagumi beliau dengan kejayaan ini. 


Beliau merupakan inspirasi Liana untuk terus maju dan berjaya. In Shaa Allah apa yang beliau ajar dan kongsi akan dimanfaatkan sehingga berjaya.






No comments:

Post a Comment