Wednesday 22 November 2017

MENTOR TDC - CDM AIN ZULKARNAIND


Inilah mentor kesayangan semua ahli TDC. Cantik kan. Beliau merupakan Ex Beautician. Beliau bermula perniagaan bersama SHOM sejak 2011. Pelbagai dugaan pahit manis telah ditempuh sepanjang menjalankan perniagaan ini. Beliau seorang yang bersemangat waja, berhati kental, tidak mudah mengaku kalah dan tidak lokek ilmu.


Pada tanggal 04 November 2017 yang lepas beliau telah diraikan dalam majlis yang gilang gemilang dan berprestij oleh syarikat Sahajidah Hai O di Stadium Melawati Shah Alam atas kejayaan beliau mencapai pangkat tertinggi dalam perniagaan ini.


Sekalung TAHNIAH diucapkan pada CDM (Crown Diamond Manager) AIN ZULKARNAIND atau lebih dikenali sebagai Yong. Walaupun Liana masih baru bersama TDC dan baru mengenali beliau tapi Liana berasa amat bangga dengan pencapaian beliau. Dalam usia yang begitu muda baru menjangkau umur 29 tahun ibu muda ini telah berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam bisnes ini. Liana sangat mengagumi beliau dengan kejayaan ini. 


Beliau merupakan inspirasi Liana untuk terus maju dan berjaya. In Shaa Allah apa yang beliau ajar dan kongsi akan dimanfaatkan sehingga berjaya.






PERSONAL TOUCH DENGAN LEADER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..




Cerita Isnin lepas.. Alhamdulillah. Done Personal Touch dengan leader... 

Terima kasih sudi datang rumah buat PT walaupun tahu anak kak demam campak. Ilmu yang disampaikan In Shaa Allah akan dimanfaatkan.

Doakan semoga kak terus berjaya bersama The Diamond Circle. Aamiin.
Focus dan buat je apa leader suruh. 


Saya HEBAT!
Kami HEBAT!
TDC HEBAT!





Tuesday 21 November 2017

PREMIUM BEAUTIFUL ~ YES ( YEAR END SALE )


Hola! Hola! Hola!

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... Salam 1 Malaysia...

Apa khabar semua?? 


Dah lama tak bersiaran....dah bersawang blog Liana...maklum la sibuk sikit dengan kerja hakiki...kerja dengan Pos Malaysia biasa la hujung tahun ni kan banyak la sale.. LAZADA la, SHOPPE la, ZALORA la dll...tambahan pulak baru ni ada buat sale 11.11.2017 perghhh penuh 1 pejabat item Poslaju...sampai kami di unit sokongan pun kena turun padang bantu buat serahan..pengalaman tu...masa tu baru tau macam mana jadi posmen, teruk tak teruk kerja depa..dengan panas, hujan, banjir...kesian... Optsss dah melalut pulak..okay berbalik pada tajuk entry di atas... 

Sekejab ja kan masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah nak sampai hujung tahun 2017. Bila dah hujung tahun ni semua pakat dok buat sales la kan.... Apa orang panggil Year End Sale ataupun dikenali sebagai YES. Macam yang Liana cerita tadi la. So Liana pun rasa sama-sama nak memeriahkan Year End Sale untuk KORSET PREMIUM BEAUTIFUL. Korang suka tak? 


Yang mana dah lama mengidam nak beli Premium Beautiful tapi tak cukup bajet...haaa time ni la masa yang sesuai untuk dapatkan Korset Premium Beautiful. Boleh dapat diskaun sehingga RM400 tau... Diskaun RM400 korang tak nak ke? Banyak tu...


Harga Premium Beautiful untuk Year End Sale 2017 sangat-sangat berbaloi ok! Rugi sangat kalau korang tak grab cepat-cepat sempena promosi ni. So cepat-cepat booking full set Premium Beautiful korang ye. 



WhatsApp Liana sekarang untuk FREE FITTING dan FREE CONSULTATION.